Bagaimana Cara Membina Persahabatan Dan Kemahiran Bersosial

Hey Dude.Pada artikel ini saya ingin ingin share dengan Anda Bagaimana Cara Membina Persahabatan Dan Kemahiran Bersosial dengan cara proses mudah untuk membina persahabatan baru atau membangun kembali persahabatan lama yang telah terputus atas beberapa sebab yang tak bisa dielakkan.

Pada permulaan ini mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran berteman  dan kekuatan anda yang sedia ada? Apakah perkara yang anda dapat lakukan dengan baik?


Isu yang agak biasa dalam bersosial dengan lingkungan orang-orang dari berbagai latar belakang  adalah bahawa anda tidak pasti bagaimana untuk menjadikan rakan-rakan baru dan lama untuk sebuah persahabatan yang kekal baik.

Dan mencoba membina kembali kehidupan sosial tersebut hanya untuk kepentingan diri anda sendiri.


Terdapat beberapa cara seseorang boleh menemui diri mereka dalam situasi ini:

    > Misalnya anda telah berpindah ke bandar atau kawasan baru dan tidak tahu banyak tentang situasi lingkungan dan pergaulan baru.

   > Atau Anda telah berada dalam sebuah hubungan jangka panjang dan membiarkan kehidupan sosial anda terputus layu begitu saja.

  > Dan  teman-teman lama Anda secara perlahan-lahan telah terputus hubungan(berpindah jauh, sibuk dengan kerja atau keluarga baru, dan lain-lain) dan Anda tidak coba gantikan dengan rakan-rakan yang baru.

   > Anda  merasa seperti telah meningkat maju secara berasingan daripada rakan-rakan lama semasa bersama dengan mereka dan ingin membuat hubungan yang baru dengan teman-teman yang baru ditemui.


    > Pada masa lalu, Anda merasa gembira persahabatan terjalin kerana punya banyak waktu, tetapi kini Anda mahu membina perhubungan kembali dengan rakan-rakan lebih kerap.

    > Anda tidak pernah benar-benar tahu bagaimana untuk membina sebuah persahabatan dengan rakan-rakan,walaupun sentiasa ingin kehidupan sosial mereka agar jadi lebih baik.


Seterusnya Anda boleh baca tentang Bagaimana Cara Belajar Teknik Berbincang Untuk Membina Kemahiran Bersosial.


Berikut adalah pendapat para pakar di bidang persahabatan ini tentang bagaimana untuk membina sebuah persahabatan atau perhubungan dengan rakan-rakan dipersekitaran kehidupan anda atau ditempat kerja Anda.

 Saya akan coba membahas struktur asas terlebih dahulu. Kemudian  sikap dan prinsip-prinsip kearah perkara menyeluruh yang saya fikir penting.

Selalu kita temui orang-orang yang agak mahir berkawan,cenderung untuk melakukan perkara-perkara janggal dan kurang baik untuk diri dan rakan-rakan mereka.Bertentangan dengan formula yang telah digariskan oleh para pakar dalam bidang ini tanpa memikirkan  akibatnya.

Solusi langkah Pertama.

Tahukah anda, menurut satu penyelidikan di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.[1]

Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja keras belajar dan mengulangkaji dan hasilnya anda mendapat kejayaan individu.

Di tempat kerja, kejayaan anda bukanlah kejayaan individu. Anda perlu bekerjasama dengan pekerja lain untuk mencapai kejayaan secara berkumpulan. Jika anda tidak biasa dengan cara bekerja dalam berkumpulan, anda akan rasa janggal dan susah untuk menyesuaikan diri.

Lebih parah lagi, jika anda masih terbawa-bawa sikap anda di zaman persekolahan di mana anda suka bekerja sendirian tanpa campur tangan orang lain. Anda perlu ingat, teknik dan strategi Anda di masa lalu tidak menjanjikan kejayaan di masa akan datang.Maksudnya, untuk berjaya Anda perlu sentiasa sesuaikan strategi dan teknik anda dengan keadaan yang baru.

Disebabkan itu, saya cadangkan Anda menyertai persatuan atau apa-apa projek yang dijalankan di tempat anda belajar. Mungkin ada projek mengutip derma, projek hari sukan-olahraga, projek tour kembara, projek kempen membaca dan sebagainya. Banyak perkara anda boleh pelajari apabila anda menyertai projek atau program sebegini.
Bersambung.

Jangan lupa baca juga:Adakah Anda Ada Ramai Kawan? Atau Anda Mempunyai Banyak Musuh!

[1].Fail rujukan;http://www.osmanaffan.com/kemahiran-berkawan/

No comments