Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM

Sistem meletakan plastik ini pernah popular di Kuala Lumpur digunakan oleh penjahat untuk menggasak wang pada kotak/box telefon publik yang dipasang di tempat awam pada tahun 90an.

<img src="Hacker.jpg" alt="Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM ">
                                       Image by Google.


FORTUNA LIFESTYLE.COM | Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM

Pada artikel sebelum ini saya telah menulis tentang cara hacker menggasak wang di bank dan juga pada akaun bank perseorangan. Anda baca artikelnya disini;
Dan pada artikel kali ini saya coba sharing dengan anda Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM.Artikel ini saya sharing supaya anda dapat faham dan berwaspada terhadap taktik hacker melakukan jenayah tersebut.

Dan sesekali tidak!,demi Allah Yang Maha Berkuasa maksud saya bukan untuk mengajar anda meniru atau mencontohi prilaku penjenayah hacker tersebut dalam melakukan kejahatan di ATM mangsanya.

Saya berlepas diri dan tidak bertanggung jawab atas tindakan anda dihadapan Allah SWT di akhirat nanti,Sekiranya anda melakukan/meniru taktik ini untuk kejahatan tersebut.

Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM.ini sebenarnya adalah cara manual dan termasuk kuno dalam taktik penipuan wang di akaun bank.Namun cara ini masih banyak berlaku atas sebab-sebab tertentu misalnya kurangnya kawalan security di ruangan tempat mesin ATM  atau mesin ATM itu di letakkan ditempat yang sunyi,jauh dari pandangan orang ramai.

Walau bagaimanapun akhir-akhir ini pihak bank sudah melakukan tahap security yang memuaskan.Namun kejadian yang tidak diingini tersebut masih juga berlaku di Malaysia.

Baca juga;


OK,berikut 
Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM dan cara anda untuk mencegahnya berlaku pada diri anda.InsyaAllah;

1. Para Hacker meletakan/memasukan sejenis plastik bening dan tipis,bagian bawah di mesin ATM atau sebelah bawah tempat untuk memasukan kad ATM.

Solusi Anda; Sebelum anda memasukan kad ATM di lobang mesin,perhatikan sejenak di bagian tempat anda masukan kad ATM,jika boleh raba sedikit, dengan jari anda,jika ada rasa sesuatu benda asing yang mencurigakan,anda jangan masukan kad ATM anda di mesin tersebut.Sila beritahu segera pegawai security atau pihak bank,agar tiada orang lain menjadi mangsa.



2. Anda memasukan kad ATM,mesin ATM mengesan ada kad masuk,program diaktifkan dan pada scrin ATM terpapar"Enter PIN"


3. Disebabkan Data Nombor Kad (di magnetik stripe) tidak terbaca disebabkan terhalang plastik tersebut.Sistem akan terus membaca data stripe itu secara terus menerus.


4. Anda menunggu kerana proses sistem agak lama/hang atau seperti kad ditelan.maka andapun keluar dari ruangan mesin ATM.


5. Hacker masuk untuk menarik plastik keluar.

Sistem meletakan plastik ini pernah popular di Kuala Lumpur digunakan oleh penjahat untuk menggasak wang pada kotak/box telefon publik yang dipasang di tempat awam pada tahun 90an.



6.
Mesin ATM akan membaca kad dan meneruskan data ke ATM Data Center Proses “Approve” / “Valid”




7.
Cara lain yang digunakan hacker adalah meletakkan/memasang kamera kecil tersembunyi dibagian atas/samping mesin ATM untuk merakam/merekodkan Kod PIN  yang anda gunakan.

Solusi Anda; Sebelum anda memasukan kad ATM anda,perhatikan sebentar disekitar bagian dalam mesin ATM tersebut ,jika ada sesuatu yang mencurigakan atau tidak seperti biasa ada benda asing di ruangan mesin tersebut.jangan masukan kad anda di mesin tersebut.


8. Hacker tinggal memasukkan/klik jumlah wang yang mahu diambil dan setelah transaksi selesai hacker mengambil kad mangsa.Selesai!



9.
Anda komplain ke pihak Bank juga tidak berguna,kerana kad ATM dan nombor PIN “Betul” secara sistem dan tidak ada bukti kad anda tertelan mesin ATM.

10. Siapa yang perlu dipertanggung-jawabkan jika Anda menjadi mangsa situasi tersebut.!Hanya ada satu cara yang perlu anda lakukan;Berhati-hati setiap kali membuat transaksi di mesin ATM.Dan jangan melakukan transaksi ditempat mesin ATM yang sunyi dari orang ramai.

Semoga Bermanfaat dan Terimakasih kerana sudi membaca.Dan tinggalkan komen anda dibawah ini sebagai partisipasi anda dalam mencegah jenayah di negara kita ini.

    No comments