Selamat Datang Di Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.com
Terima kasih atas kunjungan Anda di blog Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.Com,
semoga apa yang saya share di sini bisa bermanfaat dan memberikan motivasi pada kita semua
untuk terus berkarya dan berbuat sesuatu yang bisa berguna untuk orang banyak.

14 Facts & Info Mecca Fund Global Company Surprising

 <img src=" Mecca Fund Global.jpg" alt="14 Facts & Info Mecca Fund Global Company Surprising">
(Kredit foto: Mark Cornick,via majalah niaga.com)

14 Facts & Info Mecca Fund Global Company Surprising

Hey Dude,Artikel ini adalah konten re-writing - saya edit kembali dari artikel asal blog ini yang telah saya publish pada tarikh 27/4/2015.

Maksud re-writing kembali adalah untuk perbaiki perenggan kalimat yang kurang sesuai untuk dibaca kerana terdapat beberapa kesalahan ejaan dan lainnya.
Walau bagaimanapun artikel ini masih dengan topik atau subjek yang sama iatu tentang thread syarikat 'pelaburan haram' atau biasa disebut sebagai skim cepat kaya dan money loundring dan sejenisnya.

Sepanjang pemerhatian dan pembacaan saya selama ini,skim-skim cepat kaya tersebut senantiasa wujud di negara kita ini-patah tumbuh hilang berganti. Dan dikesan kewujudannya di Malaysia, seawal tahun 1980 lagi. Seperti; Skim Labu Peram,Skim Pelaburan Sistem Kutu(arisan),Skim MLM, Skim Pelaburan Emas.dan sebagainya.


Walaupun media banyak melaporkan tentang kes-kes penipuan seperti kes Skim Dana Pelaburan dan Skim Bisnis Emas misalnya.Justru masih ramai rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dan menjadi mangsa penipuan

Dalam istilah pemain-pemain pelaburan emas,mereka memanggil insiden itu sebagai “tersontot” (meminjam istilah majalah niaga) Apabila pelabur tidak dapat pulangan wang yang dijanjikan..!

Beberapa akhbar perdana pada awal 2015 melaporkan ada sejumlah hampir 200 syarikat pelaburan emas yang dikesan yang kini dalam senarai pemerhatian Bank Negara Malaysia kerana menjalankan pelaburan emas secara haram.

 Kerajaan Malaysia melalui pihak berwajib seperti Polis,Bank Negara atau Jabatan Agama Islam Negeri telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap individu dan menutup syarikat-syarikat skim pelaburan yang beroperasi secara 'haram' itu.


Namun di dapati mereka akan tubuh syarikat pelaburan baru dengan dengan taktik-modus operandi yang berbeda setiap masa atau dengan rebranding semua skim yang telah difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa Malaysia.Dan yang menariknya majoriti para pelabur adalah terdiri dari pelabur bangsa Melayu.

Berbagai hebahan dan maklumat yang disebarkan pihak kerajaan melalui surat kabar-TV,agar menjauhi dan tidak menyertai skim-skim pelaburan yang meragukan.Namun masih ramai juga orang ramai yang percaya dengan berbagai skim penipuan tersebut.

Dan seiring kemajuan IT,kemunculan skim pelaburan haram ini juga tumbuh dengan mudahnya untuk menggunakan media internet,mencari pelanggan baru untuk melabur.

Terbaru sebuah syarikat bernama Mecca Fund Global sebuah syarikat skim pelaburan yang beroperasi di internet.Dikesan mula beroperasi pada Julai 2013 dan mendakwa membuat pelaburan di dalam bidang perhotelan di Mekah.Arab Saudi.

Setiap peserta ditawarkan untuk membeli lot-lot pelaburan, dimana setiap lot adalah bernilai antara USD1,000 hingga USD50,000. Selepas membeli lot tersebut, pelabur akan diberikan pulangan keuntungan tetap sebanyak 10%-30% setiap bulan selama 2 tahun.

Jika dilihat dari modus operandi dan faedah-faedah yang diberikan oleh skim pelaburan Mecca Fund ini, ianya tidak jauh berbeda dengan skim-skim pelaburan menipu di internet seperti SwissCash, AB-Fund dan program-program HYIP(High Yield Investment Program) dan yang sejenisnya di internet.

   Baca juga;

 Fatwa Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global.

Expose Mecca Fund sebuah skim MLM Dana Penipuan

Sebelum anda hendak membuat sebuah pelaburan baik secara onlline dan offline,perlu anda baca dahulu dokumen atau prospectus syarikat pelaburan ‘dana’ tersebut.Dokumen ini penting untuk kita membuat penilaian tentang objektif skim dana yang mereka jalankan.

Tanpa dokumen atau prospectus yang jelas,sudah pasti anda akan hanya mengharapkan cerita dongeng daripada ‘pengurus’ dana tersebut.

Inilah yang selalu berlaku di Malaysia,dimana masyarakat Melayu khususnya sangat suka mendengar cerita-cerita dongeng skim cepat kaya:
"Ingatkah Anda pada tahun 80an.kisah Pak Man Telo dengan skim Labu Peram nya.dimana seorang lelaki yang bukan berkelulusan tinggi. Tetapi punya otak cerdas untuk menipu bangsanya sendiri yang memang tidak suka kerja keras untuk kaya.Tetapi lebih minat mencoba jalan pintas untuk cepat kaya"

(!) Langkah-langkah yang perlu di perhatikan dan dipelajari untuk anda menilai skim-skim pelaburan.Dan memastikan semua cerita yang diolah oleh ‘pengurus’ dana itu adalah tepat dan betul :

1.Siapakah pengurus dana skim tersebut? Apakah kelayakkan akademik mereka? Berapa lama pengalaman mereka dalam bidang mengurus dana-manage funds?[1]

2.Siapakah auditor dan trustee pelaburan dana,Dan siapakah yang memonitor atau mengawasi pengurusan dana ini?

3. Apakah dana tersebut telah mendapat kebenaran daripada Lembaga Sekuriti Kewangan-SC.Untuk mengutip wang daripada pelabur Malaysia?

4. Dan beberapa kajian telah dilakukan terbukti syarikat Mecca Fund Global tidak mempunyai kebenaran SC. Sudah pasti bahwa Pengurus Dana Mecca Fund Global telah menyalahi Undang-Undang yang berlaku di Malaysia.(kesalahan pertama)

5.Sistem dan konsep pelaburan dan cara pembayaran komisen Mecca Fund seperti konsep Jualan Langsung (Direct Selling) dimana mereka membayar komisen kepada pelabur lama yang membawa pelabur baru.

6..Kesalahan Kedua: Dalam undang-undang Malaysia semua syarikat yang mahu menjalankan perniagaan konsep ini memerlukan lesen Jualan Langsung
(Direct Selling). Dan terbukti juga syarikat Mecca Fund tidak mempunyai lesen/permit perniagaan Jualan Langsung

7. Nama syarikat Mecca Fund Global juga tertera dalam watchlist BNM sejak 4/4/14. Fakta ini saja sebenarnya lebih daripada cukup untuk kita melarikan diri sejauh mungkin darinya!

8. Seperti yang boleh kita semua lihat, poin 2 hingga 7 tidak ada mempunyai jawapan yang bagus. Ini bermakna ‘pengurus’ dana boleh melakukan apa saja dengan semua wang yang dikutipnya:beli Bentley, nikah satu lagi, pergi berjudi, berpoya-poya, dan sebagainya.

Yang tragiknya, tak ada apa pun yang boleh dilakukan oleh para pelabur.Walaupun semua salahlaku itu dilakukan oleh ‘pengurus’ dana. Malah para pelabur tak tahu pun yang wangnya sedang disalah gunakan oleh ‘pengurus’ dana.

9.
Lebih buruk lagi, skim ini boleh ditutup pada bila-bila masa saja dan tak ada apa pun yang boleh dilakukan oleh para pelabur – kecuali menangis dek kerana “tersontot”!


10.Pulangan yang dijanjikan
-Returns promised oleh Mecca Fund Global adalah 15%-30% sebulan, yang bermakna 180%-360% setahun!

Sedangkan pelabur-pelabur 'world class' seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya' memberi pulangan 22-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang begitu tinggi?

Nah,jika ianya betul,!, Sudah pasti semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada syarikat
Mecca Fund tersebut. Pernahkan anda mendengar atau membacanya ? Kenapa tak ada? Tidak mungkin media internasional tidak tahu,jika betul syarikat Mecca Fund Global memberi Returns promised yang begitu hebat!

11. Adakah masuk akal anda sebuah syarikat pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 30% bulan berikutnya? Semua skim pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Jadi kalau syarikat sendiri tidak dapat hasil pulangan, bagaimana ia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya ada pada poin 12 di bawah.


12. ‘Pelabur’ sekarang mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk (up-line berikut)dalam skim tersebut.
"The money is being recycled. Just as their ‘investment' is being used to pay others before them".

Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti adalah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur' baru dan atau (whichever comes first) apabila ianya diserbu oleh Bank Negara. Apabila ini berlaku, ‘pelabur-pelabur’ akan kehilangan semua wang mereka.

13. Jika ada orang mendapat pendapatan dan pulangan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim itu ialah kerana wang itu datang dari poket orang lain (poin 12).

Lagipun ini bukan bukti ‘pelaburan’ itu sah. Untuk pengetahuan anda, ramai juga orang yang mendapat pendapatan/pulangan ratusan ribu ringgit tiap-tiap bulan daripada skim Labu Peram Pak Man Telo, Genneva, Swisscash dan Pegasus Bullion dulu!

14. Conclusionnya? Pengurus Dana skim Mecca Fund Global telah menyalah guna serta menjual tempat suci umat Islam ; Mekah dan Madinah dengan prospektus Haji dan Umrah untuk menarik minat dan wang para pelabur Muslim di Malaysia, terutamanya mereka yang kurang ilmu tentang wang dan pelaburan.

So,MECCA FUND IS A SCAM. Jika anda tak sabar-sabar untuk menanggung kerugian, 'You know what to do!



 <img src=" Mecca Fund Global.jpg" alt="14 Facts & Info Mecca Fund Global Company Surprising">

(!) Ingatlah wahai anak-bangsaku, sungguh bijak-bestari nenek moyang kita dahulu dalam menilai prilaku manusia hingga tercipta sebuah pribahasa:

    “Pelanduk selalu melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah sekali-kali melupakan pelanduk.”

Yang menyontot adalah bangsa Melayu, yang disontot pun bangsa Melayu.Tidak cukup wang di tangan, buat pinjaman peribadi, bergolok-bergadai tanah pusaka, tapi akhir sekali hasilnya masuk angin keluar asap.[2]

Kini, apabila sudah tersungkur dan tersontot, ramai yang mengamuk marah-marah. Walhal selama ini sudah banyak kali diperingatkan oleh berbagai pihak seperti ilmuan syariah, pakar kewangan dan lain-lain.

Jika hari ini, kita ingat nama Pak Man Telo sebagai maestro dalam industri skim cepat kaya, saya kira dalam masa 10-20 tahun akan datang, akan muncul nama baru untuk menggantikan nama tersebut.
Wallahua'lam.
******
Courtesy to resource:

[1]
karseza.weebly.com/mecca-fund.html

[2] majalahniaga.com.
Enter your email address to get update from FORTUNA LIFESTYLE .Blogspot.Com.
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »
Copyright © 2013. FORTUNA LIFESTYLE.COM | Information:Hotels | Traveling Info | LifeStyle | Review Articles | General - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger